AGENSI

Lebih 500 tan sampah pukal dikeluar KDEBWM dari Putra Heights

13 Apr 2025, 2:00 PM
Lebih 500 tan sampah pukal dikeluar KDEBWM dari Putra Heights
Lebih 500 tan sampah pukal dikeluar KDEBWM dari Putra Heights
Lebih 500 tan sampah pukal dikeluar KDEBWM dari Putra Heights
Lebih 500 tan sampah pukal dikeluar KDEBWM dari Putra Heights
Lebih 500 tan sampah pukal dikeluar KDEBWM dari Putra Heights
Lebih 500 tan sampah pukal dikeluar KDEBWM dari Putra Heights
Lebih 500 tan sampah pukal dikeluar KDEBWM dari Putra Heights

SUBANG JAYA, 13 APRIL: Lebih 500 tan sampah pukal dikeluarkan KDEB Waste Management (KDEBWM) di lokaliti perumahan terjejas kejadian letupan saluran gas di Putra Heights sejak minggu lalu.

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Tahir berkata untuk hari pertama operasi pembersihan mega sahaja lebih 120 tan sampah pukal termasuk perabot terjejas akibat insiden berkenaan.

“Kita tempatkan tong Roll On Roll Off (roro) di setiap lorong bagi memudahkan pemilik membuang sampah pukal antaranya perabot, televisyen rosak dan lain-lain.

“Untuk sampah pukal secara keseluruhannya lebih 500 tan tidak termasuk tanah, batu dan pokok mati sejak dibenarkan masuk ke lokaliti itu bermula 4 April lalu.

[caption id="attachment_696525" align="alignleft" width="421"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato' Ramli Mohd Tahir bercakap kepada media di Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya pada 13 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Bagi kenderaan pula, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) akan membawa keluar selepas selesai pemeriksaan termasuk insurans,” katanya hari ini.

Ditemui di lokasi kejadian di Taman Putra Harmoni, beliau memaklumkan 170 pekerja dan krew KDEBWM ditugaskan sepanjang dua hari Ops Mega Pembersihan bermula semalam.

Ops Mega Pembersihan disertai 12 pihak berkuasa tempatan, polis, tentera, bomba selain KDEBWM dan Sukarelawan Selangor (Serve) seliaan Majlis Sukan Negeri (MSN).

Semalam, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melepaskan konvoi sukarelawan berkenaan yang bergerak dari MBSJ menuju ke lokasi.

Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas pada 8.10 pagi 1 April lalu menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan memakan masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

[caption id="attachment_696529" align="aligncenter" width="1008"] Sukarelawan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memotong pokok di Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya pada 13 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, Ramli memaklumkan pihaknya turut menempatkan tong roro di lokasi banjir sekitar Shah Alam.

“Banjir kilat semalam akibat hujan lebat berterusan selama empat jam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Oleh itu, kita tempatkan tong roro di kawasn terjejas memudahkan orang ramai membuang sampah pukal.

“Kita tidak mahu perabot rosak dibiarkan lama di luar bagi mengelak kotor dan dipenuhi semak,” ujarnya.

[caption id="attachment_696526" align="aligncenter" width="1302"] Sukarelawan membersihkan kawasan sekitar Putra Harmoni di Putra Heights, Subang Jaya pada 13 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_696527" align="aligncenter" width="1214"] Sukarelawan Selangor (Serve) membersihkan kawasan sekitar Putra Harmoni di Putra Heights, Subang Jaya pada 13 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_696528" align="aligncenter" width="1286"] Sukarelawan membersihkan kawasan sekitar Putra Harmoni di Putra Heights, Subang Jaya pada 13 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_696530" align="aligncenter" width="1093"] Taman permainan cair akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 13 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619