AGENDA

Lori langgar 15 kenderaan, dipercayai alami kerosakan brek

13 Apr 2025, 9:30 AM
Lori langgar 15 kenderaan, dipercayai alami kerosakan brek

SEPANG, 13 APRIL: Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke Cyberjaya di sini semalam, dipercayai akibat kerosakan brek.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan berkata dalam kejadian 3.30 petang itu, kesemua mangsa yang terlibat tidak mengalami kecederaan dan kemalangan hanya melibatkan kerosakan pada kenderaan.

"Berdasarkan siasatan awal, lori jenis tipper dipandu lelaki dari arah Nilai ke Cyberjaya dipercayai mengalami masalah teknikal (brek) dan hilang kawalan lalu melanggar 15 kenderaan lain yang berada di kanan dan kiri jalan untuk menunggu giliran keluar dari susur Plaza Tol Serenia menghala ke Cyberjaya.

"Siasatan lanjut masih diteruskan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang atau Inspektor Muhamad Haziq Ab Karim menerusi talian 017-9076260," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, beberapa rakaman video dan gambar berhubung insiden itu tular menerusi media sosial, memaparkan beberapa kenderaan yang rosak teruk dipercayai akibat dirempuh lori itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619