AGENDA

Hospital Kuala Lipis lapor polis dakwaan bayi kembar diculik

12 Apr 2025, 6:03 AM
Hospital Kuala Lipis lapor polis dakwaan bayi kembar diculik

KUANTAN, 12 APRIL: Pihak pengurusan Hospital Kuala Lipis telah membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapatnya kejadian bayi kembar yang dirawat selama sembilan bulan dilarikan oleh seorang doktor palsu di hospital berkenaan.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius berhubung kes berkenaan dan siasatan awal telah dilaksanakan.

“Siasatan mendapati tiada bayi kembar seperti yang didakwa telah menerima rawatan selama sembilan bulan di wad kanak-kanak hospital itu dan kali terakhir ibu berkenaan menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis pada Julai 2024.

“Bagi dakwaan wujudnya doktor palsu yang bernama Dr Amalina Husna merawat “bayi” itu selama sembilan bulan pula, didapati tiada rekod bagi kewujudan doktor tersebut pernah bertugas di Hospital Kuala Lipis," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat oleh pengurusan tertinggi Hospital Kuala Lipis semalam, bagi mengelakkan sebarang berita tidak berasas disebarkan sewenang-wenangnya, kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti pengurusan serta perawatan di Hospital Kuala Lipis dan JKNP khususnya.

JKNP turut mengingatkan orang ramai berhati-hati dalam penyebaran maklumat, jika tidak pasti kesahihannya.

Semalam, satu hantaran di laman Facebook bertajuk “Sepasang Bayi Kembar Hilang Dilarikan oleh Doktor Palsu di Hospital Kuala Lipis” tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619