AGENDA

Bidaan nombor pendaftaran istimewa siri VIPS dibuka esok hingga 15 April

10 Apr 2025, 1:35 PM
Bidaan nombor pendaftaran istimewa siri VIPS dibuka esok hingga 15 April
Bidaan nombor pendaftaran istimewa siri VIPS dibuka esok hingga 15 April

PUTRAJAYA, 10 APRIL: Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tawaran Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri VIPS secara bidaan dalam talian selama lima hari bermula esok.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata orang awam boleh membuat tawaran bidaan NPI VIPS melalui Sistem JPJeBid yang akan ditutup pada 10 malam, Selasa depan.

"NPI Siri VIPS adalah membawa maksud ‘Visit Impressive Perlis State’ sempena Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak Tuanku Raja Perlis.

[caption id="attachment_671293" align="alignleft" width="500"] Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli. Foto BERNAMA[/caption]

"Pengenalan NPI VIPS ini juga sebagai satu daripada inisiatif kerajaan untuk mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024-2025," katanya dalam kenyataan hari ini.

Aedy Fadly berkata harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minimum yang ditetapkan iaitu nombor utama RM20,000, nombor premium (RM5,000), nombor menarik (RM2,500), nombor popular (RM500) dan nombor semasa (RM300).

"Kaedah penawaran secara bidaan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang telah ditetapkan melalui Sistem JPJeBid," katanya yang menambah keputusan bidaan akan dikeluarkan pada 16 April ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619