AGENDA

Suami isteri ditahan dipercayai dera kanak-kanak di rumah perlindungan

10 Apr 2025, 1:23 PM
Suami isteri ditahan dipercayai dera kanak-kanak di rumah perlindungan

KUALA LUMPUR, 10 APRIL: Suami isteri yang juga pemilik dan penjaga sebuah rumah perlindungan kanak-kanak persendirian di Batu 9, Cheras, di sini ditahan hari ini selepas disyaki mendera penghuni premis itu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata lelaki dan wanita berusia 66 dan 68 tahun itu ditahan pada 3.20 petang selepas polis bertindak atas maklumat dan siasatan, serta akan direman esok bagi siasatan lanjut.

Beliau berkata penahanan dilakukan selepas pihaknya menerima satu laporan pada 10.08 malam, 1 April lalu daripada remaja lelaki berusia 18 tahun yang mendakwa didera dengan cara dimarahi dan ditampar di pipi kiri oleh pemilik dan penjaga premis itu.

“Mangsa mendakwa didera atas alasan tidak mahu mendengar kata pemilik dan penjaga rumah itu.

“Terdapat dua laporan polis yang turut dibuat saksi lain berkenaan tindakan pihak pemilik dan penjaga rumah perlindungan itu yang disyaki mendera emosi dan mental kanak-kanak yang menghuni tempat itu sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata kesemua 18 penghuni rumah perlindungan kanak-kanak itu kini diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut termasuk bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Kes katanya disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 manakala orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Insp R. Ravin menerusi talian 012-6269 250 bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619