ADN

Letupan paip gas: DUN Kinrara, dua klinik kerjasama rawat haiwan terjejas

9 Apr 2025, 8:30 AM
Letupan paip gas: DUN Kinrara, dua klinik kerjasama rawat haiwan terjejas
Letupan paip gas: DUN Kinrara, dua klinik kerjasama rawat haiwan terjejas

SHAH ALAM, 9 APRIL: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Kinrara bekerjasama dengan dua klinik bagi merawat haiwan yang terjejas dalam insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights.

Wakil rakyatnya Ng Sze Han berkata klinik haiwan Angel Medical Centre, Puchong dan Fatto Catto Pet Clinic USJ 21 turut menyediakan penempatan sementara selama sebulan bagi anjing dan kucing.

"Bukan hanya manusia yang terkesan tetapi haiwan peliharaan juga kehilangan tempat berteduh. Kami amat menghargai keprihatinan mereka dalam memastikan kebajikan haiwan peliharaan juga diberi perhatian sewajarnya.

"Usaha ini diharap dapat meringankan beban pemilik haiwan yang turut terkesan dengan tragedi ini," katanya menerusi Facebook.

Sze Han berkata setakat ini sebanyak lapan kucing dan lima anjing ditempatkan di klinik berkenaan sejak insiden letupan paip gas di Putra Heights, baru-baru ini.

“Kepada mangsa letupan yang memiliki haiwan peliharaan untuk dilindungi boleh hubungi kami untuk mendapatkan bantuan, kami akan cuba berurusan dengan klinik berkenaan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh hubungi pusat khidmat DUN Kinrara menerusi talian 03-8082 1661 atau terus hubungi klinik Fatto Catto Pet Clinic (017-259 0501) atau St Angel Medical Centre (016-412 2721).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619