ad
AGENSI

Daikin tawar khidmat baiki penyaman udara percuma kepada mangsa tragedi Putra Heights

9 Apr 2025, 6:00 AM
Daikin tawar khidmat baiki penyaman udara percuma kepada mangsa tragedi Putra Heights
Daikin tawar khidmat baiki penyaman udara percuma kepada mangsa tragedi Putra Heights
Daikin tawar khidmat baiki penyaman udara percuma kepada mangsa tragedi Putra Heights

SHAH ALAM, 9 APRIL: Daikin Malaysia Sdn Bhd (Daikin) menawarkan perkhidmatan pemeriksaan penyaman udara percuma kepada mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights.

Syarikat penyaman udara terkemuka Jepun itu memaklumkan pihaknya turut menawarkan caj buruh percuma untuk baik pulih serta potongan separuh harga bagi kos alat ganti.

“Kami amat memahami, banyak kediaman dan barangan asas termasuk penyaman udara, terjejas teruk akibat insiden kebakaran saluran gas.

“Sebagai sebahagian daripada komitmen kami kepada komuniti, kami menawarkan bantuan khas kepada 308 kediaman yang terkesan,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Daikin, bagi penjadualan pemeriksaan penyaman udara atau maklumat lanjut boleh hubungi talian 1300-88-324546 atau emel [email protected]

Dalam kejadian 1 April lalu, saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights terbakar yang menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kebakaran turut menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter dengan keluasan kira-kira 21X24 meter di lokasi kejadian.

[caption id="attachment_695812" align="aligncenter" width="777"] Keadaan di kawasan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights ketika tinjauan pada 2 April 2025. Foto BERNAMA[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.