ad
EXCO

Putra Heights: Tiada disembunyi, siasatan giat dijalankan

8 Apr 2025, 9:46 AM
Putra Heights: Tiada disembunyi, siasatan giat dijalankan
Putra Heights: Tiada disembunyi, siasatan giat dijalankan

Oleh Anna Farina Abdul Rauf

SUBANG JAYA, 8 APRIL: Kerajaan Negeri menegaskan tiada yang disembunyikan berhubung tragedi letupan saluran gas di Putra Heights, sebaliknya siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca.

EXCO infrastruktur berkata tragedi yang membabitkan pelbagai pihak itu memerlukan kajian dan ketika ini tumpuan diberikan terhadap keselamatan di lokasi.

Menurut Dato' Ir Izham Hashim, punca dan isu berbangkit yang lain akan memakan masa untuk disiasat dan semua pihak perlu bersabar menunggu hasil siasatan.

"Siasatan akan mengambil sedikit masa, kita nak teliti betul-betul punca sebenarnya dan nanti akan diumumkan Dato' Menteri Besar apabila sudah dapat konklusif bukti, apa-apa isu berkaitan, tiada apa yang hendak disembunyi.

"Peringkat awalnya dari segi kelulusan permit semua tiada masalah, tiada isu, semua dibuat dengan baik dan mengikut tatacara operasi piawai (SOP) cumanya kita nak tahu punca ia berlaku," katanya dalam sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Putra Heights, hari ini.

[caption id="attachment_695700" align="alignnone" width="900"] EXCO Infrastruktur dan Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim (tengah) melawat ke kawasan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada 8 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Dalam kejadian 1 April lalu, saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights terbakar yang menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kebakaran turut menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter dengan keluasan kira-kira 21x24 meter di lokasi kejadian.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.