AGENDA

Denda hingga SAR100,000 jika gagal lapor jemaah tinggal lebih masa

7 Apr 2025, 3:21 PM
Denda hingga SAR100,000 jika gagal lapor jemaah tinggal lebih masa

RIYADH, 7 APRIL: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengingatkan semua syarikat dan agensi perkhidmatan Haji dan Umrah supaya mematuhi sepenuhnya peraturan serta arahan berkaitan yang dikuatkuasakan di negara itu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Dalam satu kenyataan, kementerian menegaskan bahawa tindakan tegas termasuk penalti kewangan akan dikenakan terhadap mana-mana penyedia perkhidmatan yang gagal melaporkan individu yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Denda maksimum boleh mencecah sehingga 100,000 riyal Saudi (SAR) dan akan digandakan mengikut bilangan individu yang gagal meninggalkan negara itu berdasarkan tempoh yang ditetapkan.

- BERNAMA-SPA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619