ad
AGENSI

Letupan saluran gas: 40 pelajar terjejas terima bantuan persekolahan

7 Apr 2025, 9:00 AM
Letupan saluran gas: 40 pelajar terjejas terima bantuan persekolahan

Oleh Muhammad Haziq

SUBANG JAYA, 7 APRIL: Seramai 20 pelajar yang terjejas insiden letupan paip gas di Putra Heights yang menghuni pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Camelia di sini, menerima bantuan kelengkapan sekolah.

Ketua pegawai eksekutif Teraju Ekonomi Asnaf (Teras) berkata bantuan fasa dua sumbangan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) meliputi peralatan sekolah antaranya termasuklah kasut, pakaian seragam, beg dan alat tulis.

"Kita telah menyatukan peralatan sekolah dalam bentuk pakej untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, lelaki dan juga perempuan.

"Memang lengkaplah keperluan mereka untuk menghadiri ke sekolah daripada pakaian,beg, kasut, stokin dan peralatan sekolah seperti alat geometri," kata Mohd Hasnul Redza Abdul Rahim.

Ditemui di PPS berkenaan hari ini, Mohd Hasnul menambah sumbangan sama turut di agihkan kepada 20 pelajar di PPS Masjid Putra Heights.

Sebelum ini, Yide mengagihkan bantuan pakaian seragam dan kelengkapan sekolah kepada 174 pelajar dan mahasiswa terjejas di Masjid Putra Heights pada 4 April.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.