Oleh Ufairah Tarmidzi
SUBANG JAYA, 6 APRIL: Semua sumbangan barangan kepada mangsa kebakaran paip gas akan dikumpulkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang baru dibuka di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Harmoni.
EXCO kebajikan masyarakat berkata PPS tersebut khusus sebagai tempat pengumpulan sekali gus mengelak berlaku lambakan barangan di PPS Masjid Masjid Putra Heights, selain memastikan agihan dilakukan secara adil.
[caption id="attachment_695225" align="alignleft" width="348"] EXCO Kebajikan Masyarakat Anfal Saari di Putra Height pada 06 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
"Arahan ini dikeluarkan susulan lambakan barangan sumbangan dari individu perseorangan dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Saya telah mengarahkan supaya menghentikan segala bantuan barangan agar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat menyalurkan secara sama rata.
“JKM juga telah membuka satu PPS Dewan Serbaguna MBSJ Harmoni sebagai lokasi pengumpulan bantuan dan barangan,” kata Anfaal Saari ketika ditemui selepas melawat PPS Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Camelia hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sukarelawan dari Wanita Berdaya Selangor (WBS) akan terlibat untuk melaksanakan agihan tersebut secara teratur.
Tambah Anfaal, keperluan lain seperti tuala wanita, pakaian dalam dan susu kanak-kanak juga akan diberikan untuk memudahkan urusan seharian kepada mangsa yang terlibat.