AGENSI

Hikmah rumah terbuka negeri batal, mangsa di PPS nikmati juadah raya

6 Apr 2025, 7:00 AM
Hikmah rumah terbuka negeri batal, mangsa di PPS nikmati juadah raya
Hikmah rumah terbuka negeri batal, mangsa di PPS nikmati juadah raya
Hikmah rumah terbuka negeri batal, mangsa di PPS nikmati juadah raya

Oleh Khairul Nizam Arifin

SUBANG JAYA, 6 APRIL: Ada hikmah tersembunyi di sebalik pembatalan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 peringkat Selangor yang dijadualkan hari ini.

Semangat Syawal dapat dirasai apabila Kerajaan Negeri mengagihkan juadah istimewa program itu kepada ratusan mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights.

Meski pun tiada kediaman dihiasi cantik atau baju raya baharu, namun Aidilfitri tetap dirai dengan hidangan

pelbagai menu seperti sate, kambing bakar, mi kari, pecal dan pelbagai minuman.

Juadah tersebut disediakan secara bergotong-royong oleh badan bukan kerajaan (NGO), penduduk setempat serta pihak masjid demi menyuntik keceriaan Syawal.

[caption id="attachment_695191" align="alignnone" width="810"] Sukarelawan mengagihkan juadah raya Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 kepada mangsa serta petugas ketika tinjauan hari keenam kejadian kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights pada 6 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Agihan tidak terhenti di PPS sahaja, makanan turut dihantar ke beberapa sekolah berasrama penuh dan rumah anak yatim sebagai tanda solidariti dan kasih sayang dalam bulan mulia ini.

Inisiatif ini dilihat sebagai bukti semangat kemasyarakatan yang kental dalam mendepani musibah.

[caption id="attachment_695192" align="alignnone" width="860"] Sukarelawan menyediakan juadah raya Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 kepada mangsa serta petugas ketika tinjauan hari keenam kejadian kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights pada 6 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Semalam, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan pembatalan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 peringkat negeri yang dijadualkan hari ini.

Keputusan ini dibuat selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai tanda menghormati mangsa insiden.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619