ad
AGENDA

Tertipu aplikasi 'Qc Secure', pengurus wanita hilang RM703,000

6 Apr 2025, 4:51 AM
Tertipu aplikasi 'Qc Secure', pengurus wanita hilang RM703,000

KUANTAN, 6 APRIL: Seorang pengurus syarikat kerugian RM703,000 akibat terperdaya dengan pelaburan tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa, seorang perempuan 47 tahun pada Julai lepas, telah memuat turun satu aplikasi pelaburan dikenali Quantedge Capital Co. Limited (Qc Secure) menerusi pautan yang diberikan suspek.

“Mangsa telah membuat pelaburan secara berperingkat sebanyak tujuh kali transaksi ke empat akaun bank berbeza dan dimaklumkan mengenai keuntungan diperolehi, bagaimanapun tidak dibenarkan membuat sebarang pengeluaran.

“Mangsa akhirnya menyedari ditipu setelah diminta untuk menambahkan lagi modal pelaburan dan sumber kerugian itu menggunakan duit simpanannya, duit suami serta pinjaman daripada majikannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan tawaran pelaburan atas talian yang menjanjikan keuntungan tinggi.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.