AGENDA

Cuti raya: Trafik Lebuhraya KL-Karak dijangka sesak hingga malam esok

5 Apr 2025, 3:30 PM
Cuti raya: Trafik Lebuhraya KL-Karak dijangka sesak hingga malam esok

KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Kesesakan aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dijangka berterusan hingga malam esok selepas cuti panjang Hari Raya Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat ini, keadaan trafik di lebuh raya itu dari arah Lanchang ke Lentang masih tinggi dan pergerakan kenderaan juga perlahan.

"Pergerakan di Lebuhraya KLK masih sama dengan trafik tinggi dan padat, namun trafik menghala ke Tol Gombak untuk ke ibu kota lancar dan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Jurucakap itu turut memaklumkan buat masa ini, pergerakan trafik dari arah utara menuju ke ibu kota juga tinggi namun lancar.

"Secara keseluruhannya dari arah utara, trafik tinggi tetapi tidak sesak termasuklah di Pendang ke Sungai Petani, Permatang Pauh ke Perai, Gopeng ke Tapah dan Tanjung Malim ke Sungai Buaya," katanya.

Beliau berkata pergerakan kenderaan dari arah selatan pula seperti di Simpang Ampat ke Seremban juga terkawal meskipun trafik tinggi.

"Di Lembah Klang pula, keadaan trafik setakat ini kelihatan sudah mula lancar setelah sedikit perlahan petang tadi ekoran cuaca hujan," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619