AGENDA

Ops Tunggak: RM2.5 juta saman dibayar pemandu asing sejak Sept 2024

4 Apr 2025, 1:47 AM
Ops Tunggak: RM2.5 juta saman dibayar pemandu asing sejak Sept 2024

KOTA BHARU, 4 APRIL: Sebanyak RM2.5 juta saman telah dibayar oleh pemandu warga asing terutama dari Thailand menerusi Ops Tunggak kenderaan asing sejak September tahun lepas.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Muhammad Kifli Ma Hassan berkata kebanyakan saman dibayar di Perlis, diikuti Kedah, Kelantan dan Perak iaitu negeri yang bersempadan dengan Thailand.

"Kebanyakan saman membabitkan pemandu van yang membawa pulang pekerja dari Thailand di Malaysia terutama kawasan Lembah Klang.

"Saman tertinggi dibayar adalah melibatkan seorang pemandu van warga Thailand baru-baru ini yang mempunyai saman tertunggak RM65,000. Sebaik menjelaskan saman kita telah melepaskan van berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2025 di Terminal Bas Lembah Sireh, di sini semalam.

Sementara itu, Muhammad Kifli berkata JPJ juga telah mengutip RM35 juta saman tertunggak hasil inisiatif tawaran kompaun khas kadar rata RM150 setakat ini.

"Sehingga kini masih ada lebih kurang dua juta saman yang belum diselesaikan dan JPJ menyeru orang ramai agar segera membayar sebelum 30 Jun depan.

"Kompaun khas ini melibatkan tiga kesalahan iaitu tiga jenis notis saman JPJ iaitu Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115)," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619