AGENDA

Kemas lancar kutipan tabung kecemasan mangsa kebakaran

2 Apr 2025, 3:16 PM
Kemas lancar kutipan tabung kecemasan mangsa kebakaran
Kemas lancar kutipan tabung kecemasan mangsa kebakaran

SHAH ALAM, 2 APRIL: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) melancarkan kutipan tabung kecemasan kepada mangsa kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya semalam.

Kemas menerusi hantaran di Facebook memaklumkan dana tersebut bagi meringankan beban mangsa yang terdiri daripada kakitangan, ahli jawatankuasa dan murid tadika atau taska.

Sumbangan seikhlas hati itu boleh disalur ke akaun bank RHB Badan Kebajikan & Sukan Kemas KL (26602500001389) dengan rujukan 'sumbangan mangsa kebakaran gas'.

"Semoga segala sumbangan yang dihulurkan dapat membantu keluarga yang terkesan dengan musibah ini.

"Jutaan terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan anda. Semoga Allah melimpahkan rezeki dan keberkatan kepada semua penyumbang." tulisnya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang terjejas sepenuhnya dalam insiden itu.

Beliau yang melawat lokasi kebakaran dan pusat operasi turut mengumumkan bantuan sebanyak RM2,500 kepada lebih 100 pemilik rumah yang sebahagiannya rosak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619