AGENSI

Bomba: Punca kebakaran saluran gas masih dalam siasatan

1 Apr 2025, 2:04 PM
Bomba: Punca kebakaran saluran gas masih dalam siasatan

Oleh Rafiqah Rauf

SUBANG JAYA, 1 APRIL: Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata punca sebenar kebocoran dan letupan saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, di sini hari ini masih dalam siasatan.

Datuk Nor Hisham Mohammad menegaskan pihaknya belum membuat sebarang kesimpulan mengenai punca kejadian dan siasatan sedang dijalankan semua agensi diketuai polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

"Punca kebakaran belum (dikenal pasti). Itu pun nama dakwaan, sebab dia dakwa belum lagi jatuh hukum," katanya kepada media di lokasi kejadian.

Tragedi yang berlaku sekitar jam 8 pagi tadi telah menyebabkan 148 kereta dan 11 motosikal rosak.

Setakat 1 tengah hari, hampir 50 mangsa daripada 17 keluarga yang terjejas akibat kebakaran berkenaan telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mendekati kawasan kejadian dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619