ad
AGENDA

MB: Kebakaran padam sepenuhnya 3.45 petang, tiada kemalangan jiwa

1 Apr 2025, 9:45 AM
MB: Kebakaran padam sepenuhnya 3.45 petang, tiada kemalangan jiwa
MB: Kebakaran padam sepenuhnya 3.45 petang, tiada kemalangan jiwa
MB: Kebakaran padam sepenuhnya 3.45 petang, tiada kemalangan jiwa

SHAH ALAM, 1 APRIL: Kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, pagi ini berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.45 petang.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menzahirkan kesyukuran apabila tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu setakat jam 5 petang ini.

"Sehingga kini, seramai 305 mangsa diselamatkan, masing-masing ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) serta Hospital Subang Jaya Medical Centre, Sunway Medical Centre, Hospital Serdang, dan Hospital Putrajaya.

"Keutamaan pada masa sekarang adalah keselamatan para penduduk," katanya menerusi Facebook.

[caption id="attachment_694370" align="alignnone" width="863"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika mendengar taklimat Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Nor Hisham Mohammad berhubung insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya pada 1 April 2025. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Terdahulu, beliau meninjau lokasi kejadian pada jam 4.20 petang, bertemu Timbalan Ketua Polis Negara Dato’ Sri Ayob Khan dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Nor Hisham Mohammad.

Menurut Amirudin, dua kawasan perumahan terlibat seluas radius 290 meter akan ditutup dan dikategorikan sebagai kawasan larangan.

"(Larangan itu) sehingga ia dipastikan selamat sebelum penduduk dibenarkan kembali ke rumah mereka.

"Kerajaan Negeri Selangor akan bekerjasama erat dengan kerajaan persekutuan demi kesejahteraan para penduduk," katanya lagi.

[caption id="attachment_694299" align="alignnone" width="938"] Pandangan insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya pada 1 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya dengan anggaran panjang saluran terbakar 500 meter.

Menurut Wan Razali Wan Ismail, seramai 78 anggota terlibat dalam operasi itu membabitkan sembilan balai bomba dan penyelamat antaranya Subang Jaya, Puchong, Shah Alam dan Rawang.

Tambah beliau, sebanyak 190 unit rumah rosak selain 148 kereta dan 11 motosikal mengalami pelbagai kerosakan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.