ADN

Penduduk sekitar Putra Heights dinasihat keluar demi keselamatan

1 Apr 2025, 7:45 AM
Penduduk sekitar Putra Heights dinasihat keluar demi keselamatan
Penduduk sekitar Putra Heights dinasihat keluar demi keselamatan

Oleh Aliff Haiqal Mohamed

PETALING JAYA, 1 April: Penduduk sekitar Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya dinasihat keluar daripada kawasan terjejas akibat kebakaran saluran paip gas.

Wakil rakyat Kota Kemuning S Preakas berkata langkah tersebut demi keselamatan selain mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini berlaku.

"Pada masa sekarang mereka yang berdekatan lebih baik keluar untuk keselamatan, selepas kebakaran sudah berjaya dipadamkan barulah mereka boleh balik," katanya ketika dihubungi Media Selangor.

[caption id="attachment_694342" align="alignleft" width="391"] Keadaan kediaman dan harta penduduk yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Height, Subang Jaya pada 1 April 2025. Foto Facebook Preakas Sampunathan[/caption]

Tambah Preakas, pihaknnya sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai kejadian sebelum menyalurkan bantuan awal kepada penduduk yang memerlukan.

"Saya telah mengarahkan pasukan saya untuk turun dan memantau keadaan dari semasa ke semasa," katanya.

Awal pagi tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya dengan anggaran panjang saluran terbakar 500 meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata ketika ini api marak menjulang dan kebakaran itu berhampiran kawasan perumahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619