AGENDA

Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Chow Kit

29 Mac 2025, 1:03 PM
Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Chow Kit
Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Chow Kit

KUALA LUMPUR, 29 MAC: Enam lot kedai makan dan sebuah kedai perkakasan di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran Chow Kit musnah dalam kebakaran petang ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, mereka menerima panggilan kecemasan pada 1.36 tengah hari sebelum enam jentera bersama 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Hang Tuah dan Titiwangsa digegaskan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah kedai perkakasan dan enam lot kedai makan yang berada di belakang kedai perkakasan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata api berjaya dikawal kira-kira 2.50 petang namun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, saksi Ramzana Ali, 39, yang juga pekerja kedai perkakasan itu berkata ketika kejadian dia sedang tidur di bahagian belakang bangunan yang terletak bersebelahan kedai yang terbakar itu.

"Saya terjaga selepas dengar bunyi bising dan apabila menyedari kejadian itu, saya segera hubungi majikan dan menyelamatkan diri," katanya.

-- BERNAMA

[caption id="attachment_693905" align="alignnone" width="694"] Tujuh lot kedai di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran Chow Kit musnah dalam kebakaran pada 29 Mac 2025. Foto BERNAMA[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619