AGENDA

Pesara guru rugi RM200,000 ditipu sindiket dalam talian

29 Mac 2025, 9:00 AM
Pesara guru rugi RM200,000 ditipu sindiket dalam talian

KUANTAN, 29 MAC: Pesara guru kerugian RM200,000 selepas terperdaya dengan penipuan menerusi panggilan telefon pada 14 Februari lalu.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 71 tahun itu pada mulanya dihubungi suspek yang menyamar sebagai pegawai kesihatan dan memaklumkan mangsa mempunyai bil tunggakan rawatan berjumlah RM68,000.

Beliau berkata selepas mangsa menafikan perkara berkenaan, akaun bank miliknya pula didakwa terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa berhubung dengan beberapa individu kononnya pegawai polis untuk menyelesaikan masalah itu dan wanita berkenaan didorong melakukan tujuh transaksi ke dalam satu akaun berjumlah RM200,000 menggunakan wang simpanannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa yang kemudiannya mengesyaki diperdaya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619