AGENDA

Dua suspek kes pecah rumah, langgar anggota polis ditahan

28 Mac 2025, 3:00 PM
Dua suspek kes pecah rumah, langgar anggota polis ditahan

KUALA LUMPUR, 28 MAC: Tindakan pantas pihak polis berjaya menggagalkan cubaan dua lelaki melarikan diri sebaik dipercayai memecah masuk sebuah rumah di Jalan SS14, Subang Jaya, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam kejadian 3.50 petang itu, beberapa das tembakan dilepaskan ke arah kenderaan suspek yang bertindak melanggar motosikal serta seorang anggota polis di tempat kejadian.

“Kedua-dua lelaki tempatan berusia 30 dan 40-an itu terus melarikan diri sehingga ke jejambat di Jalan SS14 sebelum berjaya ditangkap pihak polis.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memecah masuk rumah dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan bagi cubaan membunuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum itu, anggota ronda cegah jenayah yang berada berhampiran bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat dan semasa tiba di lokasi, kedua-dua suspek dilihat sedang keluar dari kediaman mangsa menuju ke kenderaan yang berada di hadapan rumah berkenaan.

Wan Azlan menyeru orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kejadian itu kepada Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya melalui talian telefon 03-78627100 atau Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Khairulazizi Ismail di talian 019-2817820.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619