AGENDA

Aliran trafik Lebuhraya WCE meningkat mulai hari ini, rancang perjalanan

27 Mac 2025, 10:18 AM
Aliran trafik Lebuhraya WCE meningkat mulai hari ini, rancang perjalanan

SHAH ALAM, 27 MAC: Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) mencatatkan peningkatan aliran trafik sejak Isnin lalu dengan jangkaan terkini lebih 170,000 kenderaan akan menggunakan lebuh raya tersebut dalam sehari sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif WCE, Lyndon Alfred Felix, berkata lonjakan trafik dijangka bermula hari ini hingga Ahad ini dan kembali meningkat pada 5 hingga 6 April depan.

Menurut beliau, sebagai persediaan menghadapi lonjakan trafik itu, pihaknya telah menambah bilangan pasukan rondaan bagi memastikan kelancaran perjalanan serta memberikan bantuan segera sekiranya berlaku kecemasan.

“Beberapa lokasi utama seperti Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Nyior dan hentian sebelah di sepanjang lebuh raya kini beroperasi sepenuhnya untuk kemudahan pengguna lebuh raya.

“Kami menggalakkan semua pengguna lebuh raya agar mengambil langkah berjaga-jaga dan bertimbang rasa ketika memandu dalam tempoh yang sibuk ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lyndon turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan mengelakkan waktu puncak, terutama pada hari sebelum raya.

Beliau juga menyarankan agar pengguna berhenti rehat di hentian sebelah atau R&R sekiranya keletihan.

“Bagi pengguna kenderaan elektrik (EV), kemudahan pengecasan turut disediakan di beberapa lokasi hentian sebelah WCE, antaranya di SAE, Assam Jawa, Trong, dan Taiping Selatan,” tambahnya.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619