AGENDA

Polis Miri tahan dua anggota tentera berhubung kematian prebet

26 Mac 2025, 1:30 PM
Polis Miri tahan dua anggota tentera berhubung kematian prebet

KUCHING, 25 MAC: Polis Miri menahan dua anggota tentera berpangkat prebet bagi membantu siasatan berhubung kematian Prebet Muhammad Muqriz Aseri di Kem Sri Miri.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata kedua-dua suspek yang berumur 22 dan 24 tahun itu ditahan kira-kira 4.30 petang semalam.

"Mereka kini direman selama tujuh hari hingga 2 April bagi membantu siasatan. Setakat ini, polis telah mengambil keterangan daripada empat individu berkaitan kes terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Alexson berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan punca kematian Prebet Muhammad Muqriz, 21, daripada Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Kem Sri Miri pada Isnin lepas adalah akibat trauma tumpul pada dada.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan laporan awal hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Miri semalam, hentakan kuat di bahagian badan berkenaan menyebabkan kerosakan pada jantung.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619