AGENSI

MPKj, KDEBWM pastikan kutipan sampah lancar sepanjang Aidilfitri

25 Mac 2025, 6:00 AM
MPKj, KDEBWM pastikan kutipan sampah lancar sepanjang Aidilfitri
MPKj, KDEBWM pastikan kutipan sampah lancar sepanjang Aidilfitri

SHAH ALAM, 25 MAC: Kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berjalan seperti biasa mengikut jadual sepanjang Aidilfitri.

Yang Dipertuanya Nazli Md Taib berkata, beberapa kawasan yang dijangka berlaku penjanaan sampah dalam kuantiti tinggi, akan diberi perhatian lebih pihaknya dan KDEB Waste Management (KDEBWM).

“Orang ramai juga dinasihat tidak melakukan pembaziran dan mengurus sampah di rumah atau premis dengan baik, bagi mengelak longgokan sampah serta keadaan tidak menyenangkan ketika musim perayaan.

“Selain itu, lori kompaktor akan digerakkan bermula jam 2 pagi sehingga selesai bagi kutipan sampah pada malam raya pertama untuk memudahkan pemandu dan kru beragama Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri.

“Jadual kutipan kembali normal selepas hari kedua sambutan hari raya dan hari yang seterusnya,” katanya dalam ucapan pembukaan mesyuarat MPKj semalam.

[caption id="attachment_669514" align="alignnone" width="830"] Wajah baharu lori kompaktor KDEB Waste Management (KDEBWM) yang dilancarkan ketika majlis pelancaran lori pemampat dan imej korporat baharu KDEBWM di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam pada 20 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Menurut Nazli, MPKj dan KDEBWM sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak pengendali pelupusan, supaya jadual operasi tidak terlalu ketat dan memudahkan kerja pelupusan dijalankan bagi mengelak berlakunya lambakan sampah sepanjang cuti Aidilfitri.

Sebelum ini, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat KDEBWM berkata agensi itu sentiasa bersiap siaga memastikan perkhidmatan kutipan sampah di Selangor berjalan lancar sepanjang Aidilfitri.

Menurut Ahmad Rizal Mohd Daud, kira-kira 10,000 tenaga kerja dan lebih 1,000 aset digerakkan seperti biasa bagi memastikan kelancaran pengurusan sisa pepejal dan kebersihan kawasan setempat sepanjang Aidilfitri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619