PBT

MBPJ keluar 144 kompaun pembuangan sampah haram takat 18 Mac

24 Mac 2025, 7:58 AM
MBPJ keluar 144 kompaun pembuangan sampah haram takat 18 Mac

SHAH ALAM, 24 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan 144 kompaun berhubung pembuangan sampah haram setakat 18 Mac tahun ini.

Datuk Bandarnya berkata penguatkuasaan itu dibuat menerusi program PJ Watch iaitu pemantauan dan rondaan berkala oleh anggota penguat kuasa yang menyamar orang awam.

Menurut Mohamad Zahri Samingon, pemantauan turut dijalankan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bergerak di 11 lokasi tumpuan pembuangan sampah haram.

"Menerusi rakaman CCTV terdapat 12 individu dan 16 kenderaan melakukan kegiatan pembuangan sampah haram dengan 43 lokasi tumpuan dikesan.

"Bagaimanapun, jumlah tangkapan 14 individu, tiga kenderaan dan sembilan syarikat dikenakan kompaun," katanya menerusi kenyataan selepas mesyuarat penuh MBPJ hari ini.

Tambahnya, berdasarkan analisa data penguatkuasaan terdapat peningkatan tangkapan pembuangan sampah haram oleh pemegang lesen perniagaan di Petaling Jaya.

"Oleh itu, MBPJ memberi peringatan kepada pemegang lesen perniagaan agar mengamalkan pengurusan sampah yang teratur dan mematuhi peraturan bagi mengelak tindakan dikenakan.

"Semua pihak diseru bekerjasama dalam menjaga persekitaran yang bersih dan selamat demi kesejahteraan penduduk Petaling Jaya," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619