AGENDA

Tiga pelajar cedera main mercun di asrama sekolah, seorang putus jari

24 Mac 2025, 6:08 AM
Tiga pelajar cedera main mercun di asrama sekolah, seorang putus jari

KOTA BHARU, 24 MAC: Tiga pelajar sebuah sekolah agama di Jeli cedera semasa bermain mercun diubah suai, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Kamarulzaman Harun berkata kejadian berlaku pada 4.40 petang di asrama lelaki sekolah, apabila pelajar berumur 15 dan 16 tahun itu dipercayai mengubah suai mercun dengan memasukkan belerang ke botol bersama batu kerikil sebelum ia meletup secara tiba-tiba.

“Akibat letupan itu, seorang pelajar berusia 16 tahun mengalami kecederaan serius iaitu putus jari tangan kiri manakala dua lagi rakan melecur di beberapa bahagian badan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata polis menerima laporan mengenai kejadian pada 5.48 petang selepas pelajar terbabit dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Jeli pada 5.30 petang.

Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak bermain mercun diubah suai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619