AGENSI

Agensi negeri digalak berzakat bantu anak yatim, fakir miskin

23 Mac 2025, 8:01 AM
Agensi negeri digalak berzakat bantu anak yatim, fakir miskin
Agensi negeri digalak berzakat bantu anak yatim, fakir miskin
Agensi negeri digalak berzakat bantu anak yatim, fakir miskin

Oleh DEWI ABDUL RAHMAN

GOMBAK, 23 MAC: Agensi negeri perlu berperanan aktif memberi sumbangan zakat untuk disalurkan kepada golongan memerlukan sepanjang Ramadan dan Syawal, kata Dato’ Menteri Besar.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari, bantuan termasuk barangan asas itu bagi menunjukkan komitmen pentadbiran negeri dan anak syarikat dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Saya melihat pelbagai anak syarikat melaksanakan program dengan anak yatim dan badan kebajikan, jadi saya galakkan mereka untuk terus menyumbang dan berzakat.

[caption id="attachment_692928" align="aligncenter" width="772"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penerima pada Majlis Penyerahan Sumbangan MBI di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak pada 23 Mac 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

"(Ia) supaya boleh disalur semula kepada golongan fakir dan miskin," katanya ditemui selepas menyerahkan sumbangan raya kepada 500 warga Gombak Setia di sini, hari ini.

Pada masa sama, Amirudin yang juga wakil rakyat Gombak memberitahu pihaknya akan mengagihkan sumbangan kepada 1,500 fakir miskin sekitar Parlimen Gombak pada setiap Ramadan.

"Selain Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, pelbagai syarikat lain turut mengambil ruang menyantuni anak yatim, asnaf, fakir dan miskin sepanjang Ramadan ini,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam majlis berasingan di Masjid Jamek Kampung Nakhoda, seramai 200 anak yatim dan asnaf menerima duit raya dan barangan asas yang disalur melalui kutipan dan sedekah kariah.

[caption id="attachment_692927" align="aligncenter" width="702"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersalaman bersama orang ramai ketika menghadiri majlis penyerahan sumbangan MBI di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak pada 23 Mac 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Salah seorang penerima Tuan Rusdi Tuan Husin, 59, menyifatkan sumbangan tersebut amat bermakna buat keluarganya untuk membeli kelengkapan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Kami sekeluarga dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih gembira melalui bantuan ini,” kongsinya.

Seorang lagi penerima Adreanna Batrisya Mohd Ekhsan Bazlie, 12, ingin memanfaatkan sumbangan diterima untuk membeli pakaian raya bersama dua lagi adik yang lain.

"Saya gembira, sumbangan diterima akan digunakan untuk beli baju raya adik-adik, terima kasih kerana memberi bantuan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619