BERITA UTAMA

Buluh lemang rezeki berganda dua beranak Orang Asli menjelang Aidilfitri (FOTO ESEI)

23 Mac 2025, 4:05 AM

Berbekalkan sebilah parang dan gergaji, dua beranak Orang Asli Suku Temuan Hassan Ruak, 56, bersama anak tunggalnya Adam Hassan, 20, keluar mencari buluh lemang seawal 7.30 pagi menuju ke pinggir hutan sekitar Kampung Sungai Congkak, Hulu Langat.

Ketibaan Ramadan dan Syawal sangat dinantikan kerana membuka peluang kepada mereka meraih rezeki berlipat kali ganda dan tempahan boleh diperoleh sehingga 100,000 batang buluh lemang semusim.

Buluh lemang itu dijual pada harga RM1 sebatang kepada pelanggan terdiri peniaga lemang dari Lembah Klang dan negeri berdekatan. Selain itu, orang persendirian dan perniagaan perkhidmatan sajian makanan juga turut membuat tempahan.

Pengalaman sejak awal 90-an bekerja mencari buluh bersama saudara mara membuatkan kemahiran dan ketelitian memilih buluh sangat mudah. Hassan memilih spesis buluh padi kerana ukurannya yang sesuai dan kulitnya tidak terlalu tebal.

Selain itu, buluh yang dipilih perlu mempunyai saiz corong yang tepat mengikut kehendak pelanggan. Purata dalam sehari hingga jam 5 petang, Hassan dan anaknya mampu mendapatkan kira-kira 1,500 batang buluh lemang.

Jurufoto FIKRI YUSOF merakam aktiviti dua beranak mualaf itu pada 14 Mac 2025 dari mencari, memotong, mengikat, memikul sehinggalah menunggu peraih buluh lemang mengambil pesanan mereka.

[caption id="attachment_692864" align="aligncenter" width="1008"] Hassan meredah hutan dan bukit untuk mencari buluh lemang.[/caption]

[caption id="attachment_692868" align="aligncenter" width="965"] Hassan memilih buluh yang bersesuaian sebelum memotongnya mengikut saiz dikehendaki.[/caption]

[caption id="attachment_692867" align="aligncenter" width="1093"] Hassan membersihkan buluh yang sudah dipotong.[/caption]

[caption id="attachment_692866" align="aligncenter" width="1065"] Hassan meluncurkan buluh yang telah dipotong dari atas bukit[/caption]

[caption id="attachment_692869" align="aligncenter" width="1111"] Hassan bersama buluh lemang yang dipesan pelanggan.[/caption]

[caption id="attachment_692865" align="aligncenter" width="1095"] Hassan dibantu anaknya memotong buluh mengikut sukatan.[/caption]

[caption id="attachment_692870" align="aligncenter" width="1216"] Hassan mengikat buluh lemang yang sudah dipotong untuk dibawa pulang.[/caption]

[caption id="attachment_692871" align="aligncenter" width="1284"] Hassan berehat sebentar selepas seharian memotong buluh lemang.[/caption]

[caption id="attachment_692872" align="aligncenter" width="1219"] Hassan dibantu anaknya mengangkat buluh yang dikumpul di kawasan hutan untuk dibawa pulang.[/caption]

[caption id="attachment_692873" align="aligncenter" width="1180"] Hassan memikul buluh lemang dengan menaiki motosikal untuk penghantaran ke tempat pengumpulan.[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619