AGENDA

Perkukuh rohani, tingkat takwa persiapan hadapi kehidupan akhirat

20 Mac 2025, 12:01 PM
Perkukuh rohani, tingkat takwa persiapan hadapi kehidupan akhirat
Perkukuh rohani, tingkat takwa persiapan hadapi kehidupan akhirat

SHAH ALAM, 20 MAC: Umat manusia diseru memperkukuh amalan rohani dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT sebagai persiapan menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Mengupas ayat keempat hingga keenam Surah Al-Waqiah, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata ayat itu memberi gambaran jelas peristiwa dahsyat yang akan terjadi pada hari kiamat.

Katanya, pada ketika itu, pangkat, kedudukan serta harta benda yang dinikmati dan menjadi kecintaan di dunia tidak lagi berguna dan hanya sia-sia.

“Allah memperihalkan berkenaan bagaimana situasi hari kiamat. Bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan, dengan tidak ada ukuran untuk gambarkan betapa kuatnya goncangan tersebut.

“Gunung-ganang hancur lebur menjadi debu yang bertebaran dan bertaburan. Hancur ini merujuk kepada perkara yang maknawi atau bersifat material akan hancur. Yang kekal adalah rohani iaitu sisi pengabdian kepada Allah SWT dan kecintaan kepada Rasullah SAW,” katanya.

Terdahulu, ayat berkenaan dibaca qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut menerusi program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan.

[caption id="attachment_689890" align="aligncenter" width="1047"] Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dibacakan juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut[/caption]

Sementara itu, Amirudin berkata tiga ayat itu mengingatkan bahawa tiada gunanya bergantung dan berharap dengan perkara duniawi kerana ia akan hancur bila tiba hari kiamat.

“Hanya rohani, ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT dan juga kecintaan kepada Rasulnya yang akan jadi penentu kita pada hari kiamat nanti. Dalam 10 malam terakhir Ramadan ini, tingkatkan amal, bangun malam dan tadabbur al-Quran,” katanya.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan Surah Al-Fatihah.

Berikut episod sebelum ini:

  • Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
  • Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
  • Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
  • Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
  • Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
  • Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
  • Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
  • Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
  • Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
  • Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
  • Episod 12: Allah Maha Mengetahui
  • Episod 13: Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah
  • Episod 14: Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal
  • Episod 15: Kejayaan, kekuatan dan kekayaan datangnya dari Allah SWT
  • Episod 16: Kematian bukan penamat
  • Episod 17: Rezeki dari Allah, umat Islam perlu syukuri nikmat
  • Episod 18: Kiamat pasti tiba, al-Quran hurai kejadian, nasib manusia

[embed]https://twitter.com/AmirudinShari/status/1902615075548229731[/embed]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619