AGENDA

Tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia ditukar 26 April

20 Mac 2025, 10:53 AM
Tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia ditukar 26 April

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Tarikh aksi final Piala Malaysia 2024-2025 antara Johor Darul Ta'zim dan Pahang FC ditukar kepada 26 April di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Perkara itu diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang turut memaklumkan aksi final edisi ke-98 yang sepatutnya berlangsung pada 12 April itu ditukar selepas pertimbangan semula, susulan MFL menerima permohonan rasmi daripada Sri Pahang FC serta persetujuan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

"Daripada maklum balas yang diterima daripada pasukan finalis itu mendapati, kebanyakan penyokong mengharapkan agar tarikh Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia dapat dianjak ke tarikh baharu untuk membolehkan mereka merancang perjalanan ke SNBJ.

"Ini berikutan kekangan penyokong kedua-dua pasukan untuk mendapatkan tiket memandangkan tarikh asal yang masih di tempoh awal perayaan Hari Raya Aidilfitri," menurut MFL dalam kenyataan hari ini.

MFL turut berharap tarikh baharu itu mampu memudahkan proses penjualan tiket oleh finalis selain ia dapat disusun dengan lebih baik untuk memastikan kehadiran penyokong JDT dan Sri Pahang FC.

Menurut MFL, kesemua tiket fizikal dan e-tiket yang telah dan akan dijual tertera tarikh asal perlawanan akhir iaitu pada 12 April dan boleh digunakan penyokong untuk memasuki stadium.

“Susulan penetapan tarikh baharu itu, MFL juga akan melakukan pindaan jadual baki perlawanan Liga Super musim ini yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619