AGENSI

Laksana program tanggungjawab sosial, KDEBWM peruntuk sekitar RM1 juta setahun

20 Mac 2025, 8:25 AM
Laksana program tanggungjawab sosial, KDEBWM peruntuk sekitar RM1 juta setahun
Laksana program tanggungjawab sosial, KDEBWM peruntuk sekitar RM1 juta setahun

SHAH ALAM, 20 MAC: KDEB Waste Management (KDEBWM) memperuntuk sekitar RM1 juta bagi melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) setiap tahun.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporatnya Ahmad Rizal Mohd Daud berkata, dana itu bagi melaksanakan aktiviti kebajikan dalam pelbagai bidang termasuk sumbangan kepada golongan memerlukan seperti anak yatim dan asnaf fakir.

[caption id="attachment_692383" align="alignleft" width="386"] Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat KDEBWM Ahmad Rizal Mohd Daud, bercakap kepada media sempena Program
Bubur Lambuk KDEBWM X LHDN 2025 di Plaza Perangsang, Seksyen 14, Shah Alam pada 20 Mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Dalam setahun hampir RM1 juta kita peruntukkan dalam pelbagai bidang. Apabila Ramadan kita ambil peluang buat CSR seperti beri makan kepada anak yatim dan sumbangan kepasa golongan memerlukan.

“Disebabkan operasi kita di Selangor, sebanyak mungkin kawasan kita cuba santuni bagi mereka yang memerlukan untuk hulurkan sumbangan mengikut kemampuan kita,” katanya selepas program Program Bubur Lambuk Cinta Ramadan, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 80 kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Selangor (lokaliti Shah Alam), KDEBWM dan Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) bergotong-royong menyediakan bubur lambuk sejak jam 9 pagi.

Sebanyak 2,500 pek bubur lambuk diagih kepada masyarakat sekitar Seksyen 14 di sini hari ini, menerusi program berkenaan dengan KDEBWM memperuntuk RM4,000 bagi membantu menjayakannya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619