AGENDA

Rangsang pertumbuhan ekonomi, GLIC disaran buat pelaburan domestik RM120 bilion

20 Mac 2025, 5:18 AM
Rangsang pertumbuhan ekonomi, GLIC disaran buat pelaburan domestik RM120 bilion

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) disaran membuat pelaburan langsung domestik (DDI) sekitar RM120 bilion bagi tempoh lima tahun untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata penekanan dan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi kerajaan bukan semata-mata keuntungan tetapi pendekatan yang disebut “GEAR-uP”.

“‘GEAR-uP’ iaitu enam GLIC dan seluruh kekuatan GLIC melabur sekitar RM120 bilion dalam masa lima tahun (RM25 bilion bagi tahun ini) yang akan menjana pertumbuhan ekonomi selain daripada belanjawan yang telah diluluskan.

“Ini merupakan belanjawan pembangunan yang tertinggi berbanding tahun-tahun yang lalu,” kata beliau semasa waktu pertanyaan lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai fokus terkini KPI GLC dan GLIC bagi memastikan sumbangan dividen dapat mengukuhkan anggaran pendapatan kerajaan bagi 2025.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619