AGENDA

KTMB sedia empat ETS tambahan dua hari sebelum, selepas raya

20 Mac 2025, 12:21 AM
KTMB sedia empat ETS tambahan dua hari sebelum, selepas raya

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral - Butterworth dan sebaliknya serta KL Sentral - Padang Besar dan sebaliknya.

KTMB dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa empat perkhidmatan ETS tambahan itu melibatkan perjalanan dua hari sebelum sambutan Aidilfitri, iaitu pada 28 dan 30 Mac, serta dua hari selepas sambutan Aidilfitri, iaitu pada 5 dan 6 April ini.

“Perkhidmatan ini menawarkan 1,254 tempat duduk setiap hari, termasuk pilihan tempat duduk kelas perniagaan. Secara keseluruhan, sebanyak 5,016 tempat duduk disediakan bagi tempoh operasi ini untuk memenuhi keperluan pengguna,” menurut kenyataan itu, yang turut memaklumkan bahawa tiket tren tambahan akan mula dijual esok bermula jam 10 pagi.

Pada 3 Mac lalu, KTMB telah menawarkan empat perkhidmatan ETS tambahan bagi tempoh 28 Mac hingga 6 April 2025 berikutan tiket tren berjadual sedia ada telah habis dijual.

Menurut kenyataan itu, jumlah keseluruhan perkhidmatan yang ditawarkan adalah sebanyak 40 tren sehari sepanjang tempoh 28 Mac hingga 6 April, dengan jumlah tempat duduk sebanyak 117,996.

Para pengguna boleh membeli tiket melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), mesin kios atau di laman sesawang KTMB, http://www.ktmb.com.my.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619