ad
AGENDA

Selangor tegas terhadap golongan transgender berdasar fatwa

19 Mac 2025, 2:00 AM
Selangor tegas terhadap golongan transgender berdasar fatwa
Selangor tegas terhadap golongan transgender berdasar fatwa

SHAH ALAM, 19 MAC: Kerajaan Selangor berpendirian tegas terhadap kesalahan lelaki menyerupai wanita mengikut fatwa yang diwartakan Jabatan Mufti negeri.

EXCO Agama Dr Fahmi Ngah berkata fatwa berkenaan jelas selain wujud garis panduan serta hukuman yang ditetapkan terhadap golongan mukhannas (transgender).

“Selangor sudah wartakan fatwa mengenai golongan mukhannas iaitu golongan lelaki yang berperwatakan seperti wanita.

“Ada garis panduan dan hukuman yang telah ditetapkan bawah fatwa tersebut. Itu boleh dijadikan asas sebelum kita buat hukuman ke atas sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sambutan Nuzul al-Quran dan Pelancaran Festival Turath Islami Selangor 2025 di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar di sini, semalam.

[caption id="attachment_692090" align="alignnone" width="751"] Kaum muslimat membaca al-Quran sempena Hari Nuzul al-Quran dan Pelancaran Festival Turath Islami Selangor 2025 di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar Selangor, Seksyen 7, Shah Alam pada 18 Mac 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengulas mengenai kepulangan usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat ke tanah air, Fahmi berkata perkara tersebut perlu disemak semula dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bagaimanapun, wakil rakyat Seri Setia itu menjangkakan Sajat mungkin berdepan isu dengan pihak berkuasa susulan beberapa kesalahan dan dakwaan mahkamah sebelum ini.

“(Mengenai kes sebelum ini) saya tidak pasti dan perlu semak dengan Jais. Kalau beliau mahu kembali, mungkin dia akan hadapi isu dengan pihak imigresen,” katanya.

Sajat, 40, dilapor sudah kembali ke tanahair selepas melarikan diri ke Australia susulan berdepan beberapa kesalahan syariah yang dilakukan di negara ini.

Pada 2021, beliau didakwa dengan dua pertuduhan oleh Jais kerana berpakaian seperti wanita dan memuat naik gambar yang tidak sopan di laman sosial Instagram miliknya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.