AGENSI

Aidilfitri: KDEBWM sedia lebih 500 tong roro kutip sampah pukal

18 Mac 2025, 1:00 PM
Aidilfitri: KDEBWM sedia lebih 500 tong roro kutip sampah pukal
Aidilfitri: KDEBWM sedia lebih 500 tong roro kutip sampah pukal

SHAH ALAM, 18 MAC: KDEB Waste Management menyediakan 524 tong 'roll on roll off' (roro) bagi kutipan sampah pukal sempena Aidilfitri, tahun ini.

Pengarah Urusannya Dato' Ramli Mohd Tahir bagaimanapun berkata jumlah tersebut mungkin akan bertambah bergantung kepada permintaan.

[caption id="attachment_506897" align="aligncenter" width="723"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato' Ramli Mohd Tahir ketika ditemu bual Media Selangor mengenai makluman terkini pengurusan sisa pepejal pascabanjir di pejabat KDEB, Shah Alam pada 27 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Orang ramai yang memerlukan perkhidmatan ini boleh membuat permohonan menerusi aplikasi i-Clean atau melalui pihak berkuasa tempatan berhampiran kawasan masing-masing.

"Tahun lepas kita banyak menerima permohonan di sekitar Shah Alam dan Subang Jaya, saya nasihatkan jangan daftar pada saat akhir kerana pemintaan setiap tahun sangat tinggi," katanya kepada Media Selangor.

Dalam pada itu, Ramli berkata kutipan sampah domestik sempena perayaan juga akan dikutip lebih awal iaitu pada 10 malam sebelum Aidilfitri.

Jelasnya, bagaimanapun waktu kutipan tersebut tertakluk pada malam hari raya pertama dan kedua sahaja termasuk bergantung kepadatan tempat.

"Sempena musim perayaan ini, sisa domestik akan menjadi tiga kali ganda berbanding hari biasa. Oleh itu, penduduk dinasihatkan untuk mengasingkan sampah kering dan basah.

"Sekiranya penduduk membuat pengasingan sampah ia memudahkan petugas kami sekali gus kerja di lapangan akan menjadi lebih cepat," katanya.

i-Clean Selangor yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store memudahkan orang ramai melaporkan aduan kutipan sisa pepejal selain memohon khidmat pembuangan sampah pukal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619