AGENDA

Rezeki datang dari Allah, umat Islam perlu manfaat, syukuri nikmat

18 Mac 2025, 12:00 PM
Rezeki datang dari Allah, umat Islam perlu manfaat, syukuri nikmat
Rezeki datang dari Allah, umat Islam perlu manfaat, syukuri nikmat

SHAH ALAM, 18 MAC: Umat Islam perlu memanfaatkan dan mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT.

Pendakwah bebas Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid berkata ini kerana, rezeki yang manusia peroleh datang daripada Allah.

“Rezeki yang kita peroleh bukan hadir daripada usaha kita sahaja sebaliknya ianya datang daripada Allah…siapa mengeluarkan air untuk dimanfaatkan, hanya Allah.

“Kita perlu memanfaatkan nikmat diberi Allah, dengan kita meyakini dan bersyukur nikmat yang ada akan kekal manakala nikmat yang belum ada akan diberi,” katanya ketika menghurai Surah Al-Mulk ayat 28 hingga 30 menerusi Program 30 Hari 30 ayat al-Quran bersama Dato' Menteri Besar.

Dalam pada itu, Habib Ali berkata manusia juga perlu berpegang kepada konsep sentiasa beriman dan bertawakal kepada Allah dalam apa juga situasi.

[caption id="attachment_689890" align="aligncenter" width="603"] Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Faiz Fateh Al Azhari. Surah Al-Fatihah dibacakan oleh juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut[/caption]

“Iman dan tawakal tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Iman percaya pada Allah dan tawakal berserah kepada Allah.

“Dalam hidup kalau kita bertawakal, Allah akan tolong kita atas apa sahaja kita serahkan pada Allah kerana Allah sahaja yang akan membantu hamba-Nya,” katanya.

Terdahulu tiga ayat berkenaan dibacakan qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dengan kupasan Surah Al-Fatihah.

Berikut episod sebelum ini:

  • Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
  • Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
  • Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
  • Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
  • Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
  • Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
  • Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
  • Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
  • Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
  • Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
  • Episod 12: Allah Maha Mengetahui
  • Episod 13: Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah
  • Episod 14: Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal
  • Episod 15: Kejayaan, kekuatan dan kekayaan datangnya dari Allah SWT
  • Episod 16: Kematian bukan penamat

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619