SEPANG, 18 MAC: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Parit Tampoi, Dengkil melibatkan kos RM9.03 juta yang giat dilaksana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sepang, bakal mengurangkan risiko bah kawasan sekitar.
Pegawai Daerah Sepang Khairi Azali Ibrahim berkata JPS Sepang turut melaksana projek penstabilan dan pengukuhan tebing, menaik taraf saliran serta projek lain berkaitan kesan fenomena air pasang besar.
“Dengan pelaksanaan projek jangka masa sederhana dan pendek ini, akan dapat memberi penyelesaian secara setempat, terutama melibatkan kawasan kerap berlaku banjir,” katanya.
[caption id="attachment_692007" align="alignleft" width="406"] Pegawai Daerah Sepang Khairi Azali Ibrahim berucap sempena majlis perasmian masjid, berbuka puasa bersama rakyat dan sumbangan Aidilfitri di Masjid Sentosa, Taman Desa Sentosa, Sepang pada 17 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Beliau berucap pada majlis Ihya’ Ramadan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama rakyat serta penyampaian sumbangan hari raya daerah Sepang di Masjid Desa Sentosa di sini semalam.
Dalam perkembangan lain, katanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menjadi salah satu komponen Projek Wilayah Pembangunan Bersepadu di Selangor Selatan (IDRISS), memainkan peranan penting sebagai hab utama perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat di rantau ini.
“KLIA bakal menyediakan fasiliti MRO yang menyokong industri penerbangan komersial dan persendirian.
“Antara perkembangan terbaru ialah Asia Digital Engineering (ADE) yang dahulunya di bawah AirAsia Group Berhad, mengumumkan pembinaan kompleks MRO bersepadu di KLIA.
“Projek ini meliputi kawasan seluas 380,000 kaki persegi dalam Zon Sokongan Aeronautik KLIA (ASZ 1). Fasiliti ini akan meningkatkan kapasiti KLIA untuk menyelenggara pesawat badan sempit dan badan lebar di rantau ini,” katanya.
[caption id="attachment_692009" align="aligncenter" width="1162"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyempurnakan upacara perasmian Masjid Sentosa, Taman Desa Sentosa, Sepang pada 17 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Terdahulu, pada majlis itu Sultan Sharafuddin berkenan merasmikan Masjid Desa Sentosa, yang siap dibina pada 2022 dan mampu memuatkan sehingga 2,300 jemaah dalam satu-satu masa.
Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya berjumlah RM311,000 kepada 622 asnaf daerah Sepang terdiri daripada 220 fakir, 327 (miskin) dan 75 mualaf.
[caption id="attachment_692016" align="aligncenter" width="995"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan lafaz perasmian masjid sempena majlis perasmian masjid, berbuka puasa bersama rakyat dan sumbangan Aidilfitri di Masjid Sentosa, Taman Desa Sentosa, Sepang pada 17 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_692008" align="aligncenter" width="1068"] Golongan asnaf menerima sumbangan daripada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada majlis perasmian masjid, berbuka puasa bersama rakyat dan sumbangan Aidilfitri di Masjid Sentosa, Taman Desa Sentosa, Sepang pada 17 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]