AGENDA

Dua jari remaja lelaki hampir putus akibat mercun bola

17 Mac 2025, 7:50 AM
Dua jari remaja lelaki hampir putus akibat mercun bola

KOTA BHARU, 17 MAC: Remaja lelaki berusia 14 tahun hampir putus dua jari tangan kanan selepas terkena mercun bola yang tidak sempat dibaling dalam kejadian di Kampung Batu 23, Labok di Machang, Jumaat lalu.

Ibu mangsa dikenali sebagai Siti, 24, berkata kejadian itu hanya disedarinya pada keesokan hari sekitar 11.30 selepas remaja berkenaan mengadu sakit kepala.

“Dia mengadu kepada sepupu dia sakit kepala sebelum saya sedar kecederaan di tangannya. Kami terus bergegas ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan.

"Bahagian jari telunjuk serta jari tengah tangan kanannya mengalami kecederaan teruk hingga menyebabkan tulang patah. Kami dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat setakat ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619