AGENSI

Yide saran rumah anak yatim berdaftar, pastikan semua dibantu

17 Mac 2025, 1:31 AM
Yide saran rumah anak yatim berdaftar, pastikan semua dibantu
Yide saran rumah anak yatim berdaftar, pastikan semua dibantu
Yide saran rumah anak yatim berdaftar, pastikan semua dibantu

KUALA SELANGOR, 17 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mempelawa pertubuhan kebajikan berdaftar bawah agensi berkenaan bagi memastikan semua anak yatim di Selangor dibantu.

Pengerusinya Tan Sri Mazlan Mansor berkata ketika ini masih ada rumah anak yatim enggan berdaftar atas beberapa sebab seperti masalah birokrasi dan tidak memiliki permit sah.

“Banyak lagi anak yatim tidak berdaftar dengan Yide dan ada juga rumah anak yatim enggan berdaftar. Saya berharap mereka daftar dan sama-sama kita santuni anak yatim.

“Mungkin mereka hadapi kekangan, namun begitu kita sentiasa terima kehadiran mereka jika mereka mahu daftar dengan Yide,” katanya ketika ditemui pemberita.

[caption id="attachment_691866" align="alignleft" width="500"] Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Tan Sri Mazlan Mansor bercakap kepada media selepas majlis sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim di Masjid Taman Alam Jaya, Puncak Alam, Kuala Selangor pada 16 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu, beliau mengiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor ke majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Taman Alam Jaya, Puncak Alam di sini semalam.

Dalam majlis itu, Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menyerahkan sumbangan Yide berjumlah RM165,300 kepada 1,102 anak yatim daerah Kuala Selangor.

Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Senator Dato’ Setia Salehuddin Saidin.

Sementara itu, Mazlan menjangkakan jumlah penerima sumbangan Yide akan bertambah pada tahun hadapan selaras usaha agensi itu menggalakkan pendaftaran rumah anak yatim.

“Setiap tahun memang angka penerima bertambah. Tahun ini kita ada hampir 13,000 anak yatim dan kita jangka jumlah itu bertambah tahun depan,” katanya.

[caption id="attachment_691867" align="aligncenter" width="1183"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan dari Pengerusi MAIS Dato' Setia Sallehuddin Saidin berjumlah RM652,470 kepada Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Tan Sri Mazlan Mansor ketika majlis sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim di Masjid Taman Alam Jaya, Puncak Alam, Kuala Selangor pada 16 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619