AGENDA

Suri rumah hangus lebih RM50,000 terpedaya kerja dalam talian

16 Mac 2025, 3:27 PM
Suri rumah hangus lebih RM50,000 terpedaya kerja dalam talian

CHUKAI, 16 MAC: Seorang wanita mengalami kerugian RM50,550 selepas terperdaya dengan tawaran kerja secara dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata suri rumah berusia 47 tahun itu telah melihat iklan tawaran kerja sambilan di laman sosial Instagram pada 3 Mac lepas.

Beliau berkata mangsa kemudian telah menghubungi suspek yang juga seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai tawaran berkenaan.

"Mangsa diberi tugasan iaitu perlu membuat bayaran beberapa tempahan hotel secara dalam talian dengan nilai berbeza dan dijanjikan komisen antara empat hingga 10 peratus.

"Wanita itu yang gelap mata dengan komisen tinggi telah membuat 24 transaksi berjumlah RM50,500 dalam tempoh bermula 5 hingga 14 Mac," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Razi berkata mangsa bagaimanapun menyedari ditipu apabila tidak menerima sebarang komisen yang dijanjikan.

Beliau berkata susulan itu, suri rumah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Chukai, Kemaman petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619