AGENDA

Kebakaran hutan, ladang nanas di Pekan melarat hingga 113 hektar

16 Mac 2025, 7:00 AM
Kebakaran hutan, ladang nanas di Pekan melarat hingga 113 hektar

KUANTAN, 16 MAC: Kebakaran hutan dan ladang nanas berhampiran Kampung Cenderawasih, Pekan sejak 7 Mac lepas, kini meningkat kepada 113 hektar berbanding 94 hektar pada Rabu, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Razam Taja Rahim.

Beliau berkata setakat ini, 93.36 hektar kawasan kebakaran telah berjaya dipadamkan manakala 19.64 hektar lagi masih dalam usaha pemadaman dan bagi mengelakkan api terus merebak operasi pemadaman dipecahkan kepada tiga sektor.

Mohd Razam berkata operasi pemadaman itu melibatkan 99 anggota membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan serta dibantu lapan BBP lain antaranya Nenasi, Peramu, Indera Mahkota, Kuantan sepanjang sembilan hari operasi berjalan.

“Pemantauan udara dan pemadaman api hutan melalui kaedah water bombing berhampiran ladang nanas, Kampung Cenderawasih. Pesawat melakukan 181 kali water bombing di lokasi kebakaran dengan jumlah keseluruhan 259,326 liter air menggunakan bucket bukaan 100 peratus.

“Sumber air adalah daripada tiga parit berhampiran ladang dan operasi pemadaman dilakukan pada ketinggian 100 hingga 200 kaki dan ke bawah menggunakan teknik bush dan candle light fire,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kaedah berkenaan tidak dapat dijalankan hari ini berikutan pesawat mengalami kecemasan sistem hidraulik, menyebabkannya gagal berfungsi semasa dalam penerbangan ke lokasi kebakaran dan diarahkan kembali ke BBP Peramu.

Mohd Razam berkata selain kaedah water bombing pihaknya juga giat melakukan pemadaman secara terus, sekatan kemerebakan api serta membanjirkan kawasan kebakaran bagi mengawal situasi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619