AGENDA

Polis siasat pembantu pengurusan murid kasari kanak-kanak autistik

16 Mac 2025, 1:33 AM
Polis siasat pembantu pengurusan murid kasari kanak-kanak autistik

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung seorang pembantu pengurusan murid mengasari seorang murid autistik di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata pihaknya mengesan video dimuat naik dalam aplikasi TikTok yang memaparkan kejadian melibatkan kanak-kanak autistik berumur tujuh tahun itu pada 3 petang semalam.

"Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata ibu kepada murid terbabit juga telah hadir memberi keterangan kepada polis hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan bilik gerakan IPD Petaling Jaya melalui talian 03-79662222.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619