AGENSI

Pembinaan asrama anak yatim capai 64 peratus, Yide seru infak orang ramai

14 Mac 2025, 2:15 PM
Pembinaan asrama anak yatim capai 64 peratus, Yide seru infak orang ramai
Pembinaan asrama anak yatim capai 64 peratus, Yide seru infak orang ramai

SHAH ALAM, 14 MAC: Projek pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) di Pulau Indah berlangsung mengikut jadual dengan kemajuan mencapai 64 peratus setakat hari ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan pada minggu ini, pembangunan melibatkan pembinaan kemudahan utama seperti asrama, surau, dewan serbaguna, gelanggang permainan dan arena kiosk.

"Baki dana sejumlah RM6.1 juta masih perlu diusahakan untuk merealisasikan kompleks ini tersedia pada hujung Januari 2026.

"Yide menyeru orang ramai, agensi, syarikat korporat, komuniti, pertubuhan dan kumpulan jemaah masjid-masid menyokong dan merealisasikan inisiatif murni ini agar kompleks ini segera disiapkan.

"Sumbangan anda layak mendapat potongan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967," katanya.

Sebelum ini, Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah memaklumkan kompleks itu bakal menempatkan sekitar 200 anak yatim dengan fasiliti lengkap dan kondusif seperti asrama, surau, dewan serbaguna, pusat komersial dan gelanggang permainan.

Menurutnya orang ramai boleh berinfak untuk pembinaan kompleks tersebut melalui pautan yide.com.my/infaq-kompleks-anak-yatim/.

Yide merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang bertanggungjawab mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim dan bantuan musibah kepada masyarakat Islam di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619