AGENDA

Lima nelayan Myanmar ditahan ceroboh perairan negara

13 Mac 2025, 8:58 AM
Lima nelayan Myanmar ditahan ceroboh perairan negara

SHAH ALAM, 13 MAC: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan lima nelayan Myanmar kerana menceroboh dan melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan negara.

Pengarahnya Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata kesemua nelayan terbabit, termasuk seorang tekong dan empat awak-awak berusia antara 25 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Ehsan, Op Tiris dan Op Bersama pada kedudukan 13.5 batu nautika barat daya Pulau Tengah, dekat Pelabuhan Klang pada 3.30 petang semalam.

"Pemeriksaan yang dijalankan mendapati kesemua kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah serta permit kerja atau surat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk bekerja atas bot berkenaan.

"Semua nelayan dan vesel bersama hasil tangkapan ikan seberat kira-kira 150 kilogram dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Abdul Muhaimin berkata kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana menangkap ikan di bawah had dibenarkan dan menggaji warga asing tanpa kebenaran serta tidak memiliki dokumen sah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619