AGENDA

Disyaki rogol pelajar, tenaga pengajar institut kemahiran ditahan

13 Mac 2025, 6:51 AM
Disyaki rogol pelajar, tenaga pengajar institut kemahiran ditahan

CHUKAI, 13 MAC: Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Perintah reman sehingga Selasa (18 Mac) ke atas lelaki berusia 38 tahun itu, dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret Kemaman, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata suspek telah ditahan pada 12.15 tengah malam tadi.

Beliau berkata mangsa yang kini berusia 18 tahun, telah tampil membuat laporan di balai polis pada 3.38 petang semalam.

“Pihak polis turut merampas sebuah kereta dan beberapa barangan lain untuk membantu siasatan,” katanya.

Mohd Razi berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes tersebut termasuk sama ada terdapat pelajar lain yang turut menjadi mangsa.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619