AGENSI

AADK pelawa pertubuhan bukan kerajaan sertai Ziarah Ehsan

13 Mac 2025, 4:46 AM
AADK pelawa pertubuhan bukan kerajaan sertai Ziarah Ehsan
AADK pelawa pertubuhan bukan kerajaan sertai Ziarah Ehsan

KUALA SELANGOR, 13 MAC: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor mempelawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama membantu rakan kepulihan (klien) menerusi program Ziarah Ehsan.

Pengarah AADK Selangor Nazir Mohammad berkata program yang bermula pada 2021 itu bertujuan menyantuni klien yang memerlukan serta memberi sokongan moral ketika tempoh pemulihan.

“Kita melihat ramai dalam kalangan klien kita hadapi masalah menyediakan barangan keperluan asas. Jadi kita kumpul dan bekerja dengan NGO, dan kita serahkan pada mereka.

“Saya lihat klien ini ada sifat malu untuk dapatkan bantuan dan mereka juga sering ketinggalan. Kita sedia maklum ada banyak bantuan kerajaan tapi mereka ini tidak tahu peluang tersebut,” katanya kepada Media Selangor.

Nazir ditemui pada program Ziarah Ehsan anjuran AADK Kuala Selangor yang mengunjungi tiga rumah klien di sekitar Tanjong Karang di sini, hari ini. Hadir sama Ketua AADK Kuala Selangor Zulazli Hashimuddin.

Dalam pada itu, Nazir berkata AADK Selangor mempunyai 5,988 klien yang masih menjalani program rawatan dan pemulihan dalam komuniti, selain pemantaun berterusan.

Menurutnya, AADK Selangor menggerakkan kempen Ziarah Ehsan sepanjang tahun bagi memastikan program berkenaan memberi manfaat kepada klien yang memerlukan.

“Pada saya bantuan ini tidak mengubah sekelip mata, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat membantu. Kita tiada dana tertentu, jadi kita perlu bantuan kerjasama daripada semua pihak,” katanya.

[caption id="attachment_691262" align="aligncenter" width="1056"] Pengarah AADK Selangor Nazir Mohammad meninjau kebun cili yang diusahakan bekas penagih dan AADK Kuala Selangor sempena Ziarah Ehsan di Tanjong Karang pada 12 Mac 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619