AGENDA

Kelayakan Piala Asia: Malaysia lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim 25 Mac

13 Mac 2025, 2:38 AM
Kelayakan Piala Asia: Malaysia lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim 25 Mac
Kelayakan Piala Asia: Malaysia lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim 25 Mac
Kelayakan Piala Asia: Malaysia lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim 25 Mac

KUALA LUMPUR, 13 MAC: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan perlawanan pertama skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Peter Cklamovski bagi kempen Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, pada 25 Mac, dengan sepak mula pada 10 malam.

FAM memaklumkan perubahan venue perlawanan pada 25 Mac adalah susulan permohonan Persatuan Bola Sepak Seluruh Nepal (ANFA) untuk menukar perlawanan ke Malaysia, manakala aksi pada 18 Nov pula berlangsung di Nepal berikutan kerja-kerja penyelenggaraan yang masih berjalan di Stadium Dasharath, Kathmandu.

“Justeru FAM telah membuat keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bagi menggunakan venue berkenaan sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya yang dicetuskan sendiri oleh baginda,” menurut kenyataan itu.

FAM berharap penyokong Harimau Malaya dapat hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan menentang Nepal itu nanti biarpun ia berlangsung ketika Ramadan.

Tiket berharga RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak 6 hingga 12 tahun akan dijual secara dalam talian menerusi www.tickethotline.com.my bermula hari ini pada 10 pagi.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619