AGENDA

Enam penumpang cedera, 34 terselamat bas ekspres dinaiki terbalik

12 Mac 2025, 3:44 AM
Enam penumpang cedera, 34 terselamat bas ekspres dinaiki terbalik

SEREMBAN, 12 MAC: Enam penumpang cedera manakala 34 yang lain terselamat apabila bas ekspres yang dinaiki terbalik dalam kemalangan di Kilometer 245.5 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara di Rembau pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Amer Izham Mokthar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.01 pagi dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.

Beliau berkata terdapat 40 mangsa membabitkan 28 wanita dan 12 lelaki termasuk pemandu bas yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur.

"Hasil siasatan awal, pihak kami dimaklumkan oleh pemandu bas bahawa dia pitam sebelum hilang kawalan hingga menyebabkan bas dipandunya terbalik.

"Akibat kemalangan itu enam wanita dilaporkan cedera dan diberikan rawatan awal oleh petugas kesihatan bersama pasukan khas EMRS di lokasi kejadian dan dua daripadanya dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk tindakan selanjutnya," katanya hari ini.

Beliau berkata pemandu bas terselamat dan hanya mengalami cedera ringan manakala penumpang lain dibawa oleh sebuah bas lain dari lokasi kejadian ke Kuala Lumpur.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619