AGENSI

Bomba Selangor ambil langkah berjaga-jaga lokasi kerap berlaku ribut

12 Mac 2025, 12:20 AM
Bomba Selangor ambil langkah berjaga-jaga lokasi kerap berlaku ribut
Bomba Selangor ambil langkah berjaga-jaga lokasi kerap berlaku ribut

SABAK BERNAM, 12 MAC: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengambil langkah berjaga-jaga dengan menumpukan kepada kekerapan berlakunya puting beliung atau ribut di negeri itu.

Pengarahnya Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya memberikan perhatian lebih kepada kawasan paling kerap berlaku fenomena itu, terutama di Sekinchan.

"Perkara itu, antara usul yang akan dibawa pihaknya dalam mesyuarat penyelarasan melibatkan semua jabatan bomba seluruh negara pada 20 Mac ini di Shah Alam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Zon 7 Sabak Bernam 2025 di Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan di sini malam tadi.

[caption id="attachment_487954" align="alignleft" width="500"] Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail. Foto BERNAMA[/caption]

Wan Md Razali berkata persediaan untuk menghadapi bencana ribut juga akan dibawa dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri pada Khamis ini, yang lazimnya hanya memfokuskan kepada persediaan menghadapi cuaca panas dan kebakaran.

Terdahulu, satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 13 individu dari tiga keluarga selepas 30 kediaman di Taman Ria, Sekinchan dekat sini dilanda ribut kira-kira 4.50 petang semalam.

Sebelum ini, lapan rumah di Jalan Ban Lesen Parit 4 di Sekinchan dilaporkan rosak teruk dalam kejadian ribut sekitar 7 pagi pada 6 Mac.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619